Sambungan...
4 - Pada tahun 1996 saya masuk tahun 1 di sekolah yang sama dengan pra-sekolah yang lepas di Sekolah Kebangsaan Seligi di Kampung Seligi, Pasir Puteh, Kelantan. Sampailah habis darjah 6 saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seligi pada tahun 2001. Result Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Abe Zul tak gempak macam orang lain pun tapi Abe Zul bangga dengan result yang diperolehi sebab dengan tahap kemalasan Abe Zul dapat jugak result yang cantik macam ni dengan tidak meniru langsung. Abe Zul memang tidak suka meniru masa peperiksaan. Biar result buruk asal tidak meniru dan buat dengan keupayaan sendiri. Hanya dapat 2A, 2B, 1C..HAHAHAHAHA... Abe Zul tak pernah respect pun seseorang yang dapat result cantik tapi dengan meniru. HUH!!!
Kegiatan kokurikulum langsung tak ada rasanya masa Abe Zul sekolah rendah, memang tak bergiat langsung la, just masuk pun buat cukup syarat je. HAHAHAHAHA...
(gambar untuk tatapan tidak ada - habis hilang gambar masa kecil)
Sijil UPSR
5 - Pada tahun 2002, bermula lah kemasukan ke sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maharaja, Pasir Puteh, Kelantan. Umur pun dah makin meningkat dewasa. Kelainan dah makin ketara dari sekolah rendah ke sekolah menengah, ramai yang start menggatal mencari pasangan masing-masing (couple). Tapi Abe Zul macam biasa je, just ramai adik angkat dengan kakak angkat, tak tau la kenapa ramai sangat nak buat Abe Zul ni abang angkat dengan adik angkat dan ada jugak Abe Zul bercinta tapi just cinta monyet je la, takde la sampai gila-gila bercinta. Abe Zul dapat masuk kelas KELIMA disebabkan kesilapan teknikal kerana pihak sekolah dapat result UPSR berlainan dengan yang sepatutnya, selepas itu Abe Zul ditukarkan ke kelas KEDUA. OK la tu kan daripada duduk kelas dengan geng yang malas belajar lagi la Abe Zul terikut. Bermulalah pembelajaran di peringkat menegah rendah.
Pada tahun 2004, Abe Zul menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Result Abe Zul tidak berapa memberangsangkan tapi Abe Zul tetap bangga dengan result yang diperolehi. Just dapat 4B, 3C, 1E. HAHAHAHAHA....
Sijil PMR
6 - Pada tahun 2005, Abe Zul dinaikkan ke kelas PERTAMA, bermula lah pembelajaran menengah atas.
Pada tahun 2006, Abe Zul menduduki peperiksaan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia). Result Abe Zul lagi teruk daripada PMR, masa ni Abe Zul sedikit hampa kerana result SPM sangat-sangat teruk tapi Abe Zul tidak sedih dan menangisla sebab memang Abe Zul malas nak belajar masa sekolah menengah. Masa nak SPM pun Abe Zul tak study langsung, keluar lepak, masa exam pun boleh tertido. HUHUHUHUHUHU... Akhirnya dapatlah result yang begitu teruk masa SPM 1B, 2C, 3D, 3E, 2G. 2 subjek gagal tu, subjek yang gagal Sejarah dengan Fizik.
Sijil SPM
Abe Zul memang aktif kokurikulum masa sekolah menengah, macam-macam program yang Abe Zul Join terutama pakaian seragam sebab Abe Zul memang suka join kegiatan luar, tambah-tambah perkhemahan.
Masa di sekolah menengah, Abe Zul memegang jawatan Ketua Pengawas Perpustakaan, Pengerusi Kelab Setia, AJK Kadet Remaja Sekolah (KRS).
Setelah tamat sekolah menengah, Abe Zul rasa penyesalan yang teramat sangat kerana result exam yang diperolehi dalam PMR dan SPM sangat teruk. Banyak persoalan yang timbul dalam benak pemikiran Abe Zul:
1 - Dengan result yang teruk ni, boleh ke aku nak sambung belajar?
2 - Dengan result yang teruk ni, boleh ke aku nak kerja yang bagu-bagus?
3 - Macam-mana aku nak buat keluarga bangga dengan diri aku?
4 - Macam-mana aku nak buang tanggapan buruk orang lain terhadap diri aku sebab dapat result yang teruk?
5 - Macam-macam lagi... (Abe Zul lupa)
Selepas itu Abe Zul membuat perubahan dalam diri dengan memegang prinsip dalam diri, orang yang pernah gagal akan lebih berjaya dari orang yang belum pernah merasa erti kegagalan. Abe Zul sangat menyesal sebab tahap kemalasan yang tinggi sebelum ini dan tak ada prinsip dalam diri. Ramai yang bertanggapan yang Abe Zul tak akan kemana-mana dengan result SPM yang teruk dan ada juga kawan-kawan yang memandang rendah dengan Abe Zul. Abe Zul anggap ianya sebagai satu cabaran dalam hidup dan akan buktikan kepada mereka, seseorang yang pernah gagal akan bangkit bila kesedaran muncul dalam diri dengan kejayaan.
Yang penting Abe Zul masih ingat Allah dan bersyukur dengan apa pun result yang Abe Zul dapat kerana ada yang lagi teruk dari Abe Zul dan mungkin bukan rezeki Abe Zul untuk cemerlang di sekolah...
No comments:
Post a Comment