
Sambungan...
7 - Pada tahun 2007 Abe Zul mula berfikir tentang hala tuju hidup Abe Zul. Kemana agaknya tempat yang patut Abe Zul sambung belajar dengan result yang teruk ni. Antara syarat yang Abe Zul tetapkan dalam diri disebabkan Abe Zul orang susah dan takde sape nak support perbelanjaan Abe Zul untuk sambung belajar pada masa ni ialah:- 1 - Ada tempat tinggal.
2 - Ada makanan & minuman.
3 - Ada Elaun.
Kemana agaknya ye pilihan Abe Zul, semestinya bukan Universiti. HAHAHAHAHA...
Mesti tertanya-tanyakan?
OK, antara pilihan Abe Zul ialah:- 1 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
2 - Institut kemahiran Mara (IKM)
3 - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
4 - Kolej Profession MARA (KPM)
5 - Institut Latihan Perindustrian (ILP)
6 - Akademik Binaan Malaysia (ABM)
Semua syarat-syarat yang Abe Zul tetapkan ada dalam list pilihan Abe Zul diatas..HAHAHAHA..
Pada pertengahan tahun 2007, Abe Zul pergi temuduga terbuka untuk kemasukan IKBN, atas maklumat dari orang kampung Abe Zul (Abe Noor - kerja dengan pejabat belia dan sukan masa ni). Alhamdulillah Abe Zul lulus dengan jayanya dalam jurusan Juruteknik Elektrik di IKBN Wakaf Tapai, Terengganu.
Bermula lah kemasukan sesi pembelajaran di IKBN (sesi Julai 2007 - September 2008). Dekat sana makan & minum 6 kali sehari, bab makan tak perlu risau la. Elaun dapat la RM100.00 sebulan (zaman Abe Zul belajar la). Tempat tinggal pun tak perlu risau sebab memang kena duduk dalam asrama sampai habis belajar.HIHIHIHIHIHI......
Kemudahan yang disediakan oleh pihak IKBN:-
1 - Yuran Pengajian = percuma (yuran pendaftaran kena bayar yeee...).
2 - Penginapan = sepanjang pengajian.
3 - Makan Minum = 6 kali sehari.
4 - Elaun Latihan = RM100.00 (masa zaman Abe Zul).
5 - Pakaian Latihan = setiap semester.
Alhamdulilah... lulus dengan jayanya. (Abe Zul antara 5 pelajar terbaik dalam jurusan Juruteknik Elektrik, tapi bukan best student la).
Ada peningkatan dalam result & pembelajaran Abe Zul. Daripada result yang sangat teruk semasa di sekolah kepada result yang memuaskan semasa di IKBN dan menjadi antara 5 pelajar terbaik dalam jurusan Juruteknik Elektrik di IKBN Wakaf Tapai, Terengganu.
Geng-geng Abe Zul adalah first batch untuk jurusan Juruteknik Elektrik di IKBN Wakaf tapai, Terengganu.
Selepas tamat belajar, ada konvokesyen di Putrajaya Internation Convetion Center (PICC) tapi Abe Zul tak hadir sebab takde sape yang nak bawa Abe Zul pergi PICC.HUHUHUHUHU.... Sedihnya, tak apalah yang penting Abe Zul dah dapat sijil tamat belajar.
Selepas tamat belajar, ada konvokesyen di Putrajaya Internation Convetion Center (PICC) tapi Abe Zul tak hadir sebab takde sape yang nak bawa Abe Zul pergi PICC.HUHUHUHUHU.... Sedihnya, tak apalah yang penting Abe Zul dah dapat sijil tamat belajar.
Antara sijil-sijil yang Abe Zul dapat di IKBN Wakaf Tapai:-
Sijil Language Awareness dari Open Universiti semasa di IKBN Wakaf Tapai
Sijil Effective Communication Skills in English (Oral & Writing) dari Open Universiti semasa di IKBN Wakaf Tapai
Sijil Tamat Latihan Juruteknik Elektrik dalam Tahap 2
Sijil Kemahiran Tahap 1 & 2
Sijil Penghargaan sebagai AJK Surau As-syakirin IKBN Wakaf tapai.
Sijil penghargaan Ahli Pancaragam.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment