info terhangat

Thursday, 4 January 2018

Cerita Zaman Belajar Abe Zul 6 (4/1/2018)

Image result for assalamualaikum
Sambungan...

10 - Tamat je Kursus di IKM Lumut, Perak selama 3 tahun bermula Julai 2009 hingga Jun 2012, Abe Zul terus sambung belajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Petaling Jaya (selepas seminggu tamat di IKM Lumut, terus sambung.HIHIHIHIHI.....) dalam kursus BTEC HND Diploma in Electronic Engineering selama 3 tahun.

Punya la semangat nak sambung belajar, sebelum tamat belajar di IKM Lumut, Abe Zul da usha tempat belajar baru untuk menyambung diploma. Selepas itu Abe Zul ada terbaca temuduga terbuka untuk kemasukan IKM/KKTM julai 2012, terus Abe Zul pergi. memang tak menghampakan sebab terus dapat masuk ke KKTM PJ. Orang lain yang temuduga, ada yang dapat masuk dan ada yang tak dapat masuk.

Alhamdulillah, Abe Zul dapat sambung belajar lagi. HIHIHIHIH....

Macam biasa, tempat Abe Zul sambung belajar mesti mempunyai tempat tinggal, elaun.
Antara kemudahan Tajaan MARA ialah:-
1 - Yuran Pengajian = percuma (yuran pendaftaran kena bayar yeee...)
2 - Penginapan = semester 1 wajib, semester lain tengok pada kelayakan
3 - Makan Minum = ditolak dari duit elaun
4 - Elaun sara diri = RM265.00 (untuk pelajar diploma zaman Abe Zul, sekarang tak tau berapa MARA bagi).

Dekat KKTM ni lagi menarik sebab Abe Zul paling tua dalam semester Abe Zul.
Paling penting ialah:-
1 - Abe Zul juga salah seorang dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
2 - Abe Zul adalah best student di KKTM PJ.
3 - Abe Zul juga pelajar paling cemerlang untuk sesi Januari - Jun 2015 yang diberikan oleh pihak MARA semasa konvokesyen IKM/KKTM/MJII 2016 di PICC.
4 - Abe Zul juga menerima anugerah platinum & anugerah emas sebab mendapat anugerah dekan setiap sem sepanjang belajar di KKTM PJ ini.
5 - Abe Zul juga dapat anugerah khas industri daripada pihak Pearson (terima masa konvokesyen).
6 - Abe Zul juga menerima outstanding learner award daripada pihak pearson (anugerah ni ambil dekat hotel merridian, sebelah KL sentral).

Alhamdulillah... berkat kesyukuran dan doa yang tidak putus-putus dengan keazaman yang kuat, Abe Zul menjadi salah seorang pelajar paling cemerlang dalam institusi MARA ketika itu. Tambahan CGPA keseluruhan Abe Zul ketika itu ialah CGPA 3.84. Bukan senang kawan-kawan, nak maintain result cemerlang tiap-tiap semester sehingga menjadi pelajar cemerlang di dalam institusi MARA, walaupun Abe Zul pernah kecundang ketika zaman persekolahan.

Perjalanan pembelajaran Pearson BTEC HND Diploma in Electronic Engineering Abe Zul:-
Semester 1 – GPA 3.74, CGPA 3.74.
Semester 2 – GPA 3.76, CGPA 3.75.
Semester 3 – GPA 3.83, CGPA 3.78.
Semester 4 – GPA 3.80, CGPA 3.79.
Semester 5 – GPA 4.00, CGPA 3.83.
Semester 6 – GPA 3.86, CGPA 3.84 & praktikal di Menara TM Bangsar, KL.

Antara sijil-sijil yang Abe Zul dapat Kat KKTM PJ ialah:-


Sijil-sijil Anugerah Dekan Setiap Semester.








Sijil Anugerah Emas (memperolehi CGPA keseluruhan 3.5 keatas di akhir semester).



Sijil Anugerah Platinum (dapat anugerah dekan setiap semester).



Sijil Common Skills Achievement (dari semester 1 sehingga semester 6)




Transkrip Pencapaian di KKTM PJ.





Anugerah khas industri dari Pearson.



Anugerah Pelajar Cemerlang sesi Januari - Desember 2015 MARA.




Sijil Outstanding Learner Award dari Pearson.



Sijil Level 5 Pearson BTEC HND Diploma in Electronic Engineering. (3 keping tau, tak lengkap 1 keping, tak lengkap la diploma Abe Zul. Diploma ni di terbang khas dari United Kingdom tau bukan dibuat di Malaysia)





Sijil-sijil penyertaan dalam kokurikulum semasa Abe Zul belajar di KKTM PJ.












Bersambung...

1 comment:

  1. Assalamualaikum abe zul...nak tabya anugerah emas dan platinum dpt sijil je ke? X dpt duit?

    ReplyDelete