
Sambungan...
Selepas habis SPM lagi Abe Zul isi borang mintak kerja dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dari tahun ke tahun Abe Zul menunggu. First time dapat interview dengan SPA pada 4/2016. HAHAHHA..... Selepas 9 tahun isi SPA, baru dapat panggilan interview. Jawatan biasa-biasa je, Pembantu kemahiran H19 bawah Kementerian Kerja Raya (KKR). Tapi apakan daya, keputusan hampa, ANDA TIDAK BERJAYA TEMUDUGA. Tapi Abe Zul tidak putus asa untuk mintak kerja lain dalam kerajaan, sebab dari zaman belajar lagi Abe Zul memang nak sangat keje kerajaan. HIHIHIHIHIH.... Lepas tu Abe Zul dapat interview lagi untuk jawatan Pegawai bomba, Pegawai Penjara & Bentara Muda Maritim tapi Abe Zul tak pergi atas sebab-sebab tertentu.
Pada 4/2017, Abe Zul sekali lagi di panggil interview untuk jawatan Pembantu Kemahiran H19 bawah Kementerian Kerja Raya (KKR). Kali ini Abe Zul pergi lagi untuk mencuba nasib. Alhamdulillah... Akhirnya selepas 10 tahun isi SPA Abe Zul dapat kerja dengan kerajaan, keputusannya BERJAYA TEMUDUGA. Memang saat yang dinanti-nantikan Abe Zul untuk berkhidmat dengan kerajaan. Tunggu untuk kerja tetap dengan TM tak berjaya selepas lebih 2 tahun, tapi dapat kerja tetap dengan kerajaan. HAHAHAH.......
Abe Zul pergi lapor diri di Kementerian Kerja Raya malaysia pada 10/7/2017 di KL & Abe Zul ditempatkan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai pinjaman (Kader). Pada 11/7/2017, Abe Zul pergi lapor diri di KPM & ditempatkan di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) dengan menyandang tugas Penolong Jurutera yang sekarang ini menumpang di SMK Shah Alam dekat Bukit Jelutong, Shah Alam. Bangunan SSeMKL yang sebetulnya akan beroperasi sekitar awal tahun 2018 di Jalan Seladang, Pudu, KL.
Bermula lah perkhidmatan Abe Zul sebagai perkhidmatan awam. Target Abe Zul ingin menjadi pegawai di dalam perkhidmatan awam. HIHIHIHIHI.... (tunggu habis degree dulu)
SSeMKL ni lebih kepada kesenian dalam bidang muzik, teater, visual & tari selain daripada akademik. Memang terbaik lah sebab selalu ada event dekat sini. Diorang dah macam artis. TERBAIK...
Panggilan Temu Duga Pembantu Kemahiran Gred H19
Keputusan Temu Duga Bagi Jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19
Tawaran Pelantikan Tetap ke Jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19
Lantikan Abe Zul dari SPA

Lantikan kerja di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR)

Abe Zul dipinjamkan (Kader) ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Abe Zul di tempatkan di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) di Jalan Seladang, Pudu tapi sekarang menumpang di SMK Shah Alam di bukit Jelutong untuk sementara sehingga bangunan SSeMKL siap.
Bersambung...
Abang zul boleh saya hubungi abang zul tak untuk minta pendapat sikit untuk jawatan H19?
ReplyDeletetahniah abe zul..haha semangat molek...alhamdulillah,abe zul..saya xdapat2 lagi..boleh lah buat kisah macam abe zul..saya mntk spa dekat 12/14/16 thun..first time dpt spa thun 2019..jln crta nnty sy copy paste yg abe zul lah sdkit sbnyok,haha..xwat lagi.sbb xcapai target lg
ReplyDelete