Sambungan...
Pada 13/4/2018, Abe Zul sekali lagi di panggil interview untuk jawatan Penolong Pegawai Meteorologi C29 bawah Kementerian Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI). Kali ini Abe Zul pergi lagi untuk mencuba nasib. Alhamdulillah... Akhirnya berjaya lagi sekali temuduga dengan SPA untuk jawatan yang lebih tinggi dari pekerjaan sekarang, keputusannya BERJAYA TEMUDUGA. Memang saat yang dinanti-nantikan Abe Zul untuk berkhidmat dengan jawatan baru yang lebih tinggi.......
Tahniah Abe Zul ucapkan kepada calon simpanan kerana kalau tak silap Abe Zul, semua calon simpanan (50 orang calon simpanan) dapat tawaran lantikan tetap. Wowww, power siot, tak sia-sia diorang berdoa dan menunggu berita gembira ini. Abe Zul tengah menunggu surat panggilan dari kementerian bersama-sama rakan-rakan yang lain untuk melapor diri di tempat baru...
Selepas sebulan setengah menunggu surut tawaran Perlantikan dari SPA & Kementerian Tenaga, teknologi, Sains, Perubahan Iklam & Alam Sekitar, akhirnya sampai juga. Tarikh lapor diri ialah 13.08.2018 di Jabatan Meteorologi (HQ) Petaling jaya. Selamat menempuh alam pekerjaan sebagai penjawat awam kepada semua kawan-kawan yang lapor diri nanti.

Bermula lah perkhidmatan Abe Zul sebagai perkhidmatan awam dengan jawatan baru. Target Abe Zul ingin menjadi pegawai di dalam perkhidmatan awam masih diteruskan dan keinginan masih ada. HIHIHIHIHI.... (tunggu habis degree dululah yeeerrr...)
Panggilan Temu Duga Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29
Keputusan Temu Duga Bagi Jawatan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29
Sekian...