info terhangat

Tuesday, 9 January 2018

Cerita Zaman Bekerja Abe Zul 1 (Status Update 10/1/2018)

Image result for assalamualaikum

Pekerjaan pertama Abe Zul ialah di kedai makan di Seremban 2 pada tahun 2007 selepas tamat SPM. Tahan la 2 bulan sebab gaji sikit sangat-sangat. Abe Zul yang tak hisap rokok ni pun tak dapat simpan duit langsung. Keje 12 jam dari 5 pm. ke 5 am., gaji RM15 je. HMMMM... Padahal keje kat bandar. lepas tu Abe Zul pun sambung belajar.

Ini adalah pekerjaan kedua Abe Zul, lepas tamat praktikal di sini selama 2 bulan, Abe Zul terus sambung keje di sini sehingga lah Abe Zul kahwin dan mendapat pekerjaan baru. Abe Zul start praktikal 5/2015 sampai 6/2015 dan terus bekerja bermula 7/2015 sehingga lah 6/2017.

Banyak pengalaman yang Abe Zul dapat semasa bekerja di TM ni. Abe Zul bekerja di bahagian Field Engineering Services (FES), iaitu memasang & membuat troubleshoot pada router. Tiap-tiap hari Abe Zul travel pergi site untuk pasang router dalam area selangor, KL & putrajaya termasuk bentong (Pahang) & tanjung malim (Perak). Kerja Abe Zul lebih kepada networking, siap sekali dengan configure router. Agak memeningkan kepala sebab bermain dengan programming. Time troubleshoot la paling Abe Zul tak minat, ase nak pecak kepala kalau tak jumpa.

Biasa Abe Zul pegi buat kerja di Data Center, Bank, Mesin ATM & Syarikat Koperat. Walaupun keje agak susah tapi itu lah cabaran untuk Abe Zul terus maju kehadapan. Abe Zul nak belah dari sini pun sebab keje kontrak je, belum tetap lagi. Sambil kerja, sambil apply kerja baru.

Boss yang paling bagus pernah Abe Zul jumpa dekat sini la. menjaga kebajikan pekerja, banyak ilmu pengetahuan. Dia lebih kepada seorang leader bukan sekadar boss, En. Noorafandi. Tabik & terbaik.

Antara gambar-gambar yang ada semasa kerja di TM:-

Gambar kerja-kerja Abe Zul menggunakan Cisco Router.















Gambar semasa tengah Configure Router.





Gambar jadual kerja harian yang disimpan dalam share folder.



Gambar semasa membuat kerja di sebuah bank (bank mana tak ingat).


Bersambung...

No comments:

Post a Comment