
Sambungan...
11 - Perjalanan menuntut ilmu Abe Zul tidak berhenti sehingga Diploma sahaja. Selepas tamat Diploma, Abe Zul bekerja di tempat Abe Zul praktikal semasa belajar Diplamo iaitu di Telekom Malaysia (TM) Berhad di Bangsar. Abe Zul terpaksa bekerja dahulu sementara kumpul duit untuk sambung belajar. Sebenarnya Abe Zul hampir belajar diluar negara, tapi mengenangkan Abe Zul ni orang susah, Abe Zul menolak untuk sambung di luar negara & hanya bercita-cita meneruskan pelajaran di dalam negara sahaja. bagi Abe Zul belajar di dalam atau di luar negara sama sahaja, yang penting dalam diri sepatutnya tanam sifat selalu dahagakan ilmu. Rezeki yang seseorang dapat tidak semestinya sama, semuanya berlainan, yang penting selalu mengingati & mensyukuri nikmat yang Allah S.W.T. berikan kepada kita.
Alhamdulillah... selepas setahun setengah Abe Zul bekerja, Abe Zul tekad sambung belajar & akhirnya selepas menimbangkan beberapa Universiti, Abe Zul memilih untuk sambung belajar di Open University Malaysia (OUM) di Petaling Jaya kerana masa belajar di OUM lebih fleksibel daripada Universiti tempatan yang lain. Sekarang masa Abe Zul amat terhad & perlu bahagikan masa antara belajar, kerja & keluarga. Tambahan Abe Zul dah kahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Abe Zul & isteri bekerja di tengah-tengah bandar & berjauhan daripada keluarga, susah untuk meminta tolong sesiapa jika ada kecemasan.
Alhamdulillah... selepas 2 semester Abe Zul mendapat result CGPA 3.33. Walaupun result Abe Zul tidak cemerlang seperti Diploma & Sijil tapi Abe Zul bangga dengan result Abe Zul sebab dapat CGPA 3.0 keatas walaupun masa amat terhad untuk belajar menghadapi exam & membuat assignment. Abe Zul tidak boleh fokus pada belajar kerana terlampau banyak komitmen lain.
Abe Zul telah mengharungi 3 semester & tengah menunggu result untuk semester 3. Harapnya masih dapatla result 3.0 ketas.HIHIHIHI....
Antara gambar-gambar yang di OUM PJ & keputusan exam:-
Pemandangan di OUM PJ.
Laman web OUM untuk kegunaan student.
Result Abe Zul di OUM sehingga Semester 2.
Antara subjek yang Abe Zul ambil pada semester 3 (Sept 2017) & 4 (jan 2018).
Bersambung...
No comments:
Post a Comment