Sambungan...
9 - Selepas
tamat berkursus di ABM Wilayah Timur, Abe Zul mempunyai rasa keinginan untuk
sambung belajar lagi, rasa semangat untuk sambung belajar berkobar-kobar dan
untuk membuktikan kepada keluarga & keluarga yang Abe Zul boleh berjaya
seperti orang lain walaupun kecundang semasa alam persekolahan.
Lagi sekali Abe Zul membuat
permohonan masuk ke Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak dalam bahagian Sijil
Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Penjaga Jentera Elektrik – A1). Alhamdulillah…
kali ini permohonan Abe Zul berjaya diterima masuk.
Pada pertengahan tahun 2009, Abe
Zul pergi melapor diri di Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak dalam bahagian
Sijil Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Penjaga Jentera Elektrik – A1). Pembelajaran
ketika ini berlanjutan selama 3 tahun, bermula dari Julai 2009 sehingga Jun
2012.
Kemudahan Tajaan MARA:-
1 - Yuran Pengajian =
percuma (yuran pendaftaran kena bayar yeee...)
2 – Penginapan = semester 1
wajib, semester lain tengok pada kelayakan
3 - Makan Minum = ditolak dari
duit elaun
4 - Elaun sara diri = RM210.00
(untuk pelajar sijil zaman Abe Zul, sekarang tak tau berapa MARA bagi).
Pelbagai liku-liku yang Abe Zul
harungi selama Abe Zul di IKM Lumut, terutama berkaitan dengan duit
perbelanjaan. Duit perbelanjaan Abe Zul hanya mengharapkan 100% duit elaun yang
diberikan oleh MARA. Walaupun sikit baki duit elaun (berapa puluh ringgit je…) Abe
Zul setelah ditolak duit makan harian disana yang penting makan, minum dan
tempat tinggal disediakan.
Perkara yang paling menarik
semasa Abe Zul belajar disana ialah semasa penerimaan keputusan peperiksaan,
kerana tiap-tiap semester Abe Zul dapat Anugerah Dekan.
HAHAHAHAHAHHA… Alhamdulillah, usaha Abe Zul selama ini, Nampak keberhasilannya
selepas terjatuh masa zaman persekolahan. Akhirnya Abe Zul dapat Anugerah Platinum dan menjadi Best
Student di IKM Lumut tau bukannya dalam peringkat kursus je… Syukur
sangat-sangat dengan anugerah yang Abe Zul perolehi. Bukan senang nak jadi best
student, dengan cabaran daripada kursus-kursus lain yang hebat-hebat. CGPA
keseluruhan yang Abe Zul perolehi ketika belajar disana selama 3 tahun ialah CGPA 3.85…WWWOOOWWW!!! Bukan senang ye kawan-kawan nak
belajar dalam bidang yang mempertaruhkan nyawa kita sendiri macam kursus yang
Abe Zul ambil ni (Penjaga Jentera Elektrik). Silap-silap, nyawa boleh melayang
tau.
Perjalanan pembelajaran Sijil
Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Penjaga Jentera Elektrik – A1) Abe Zul:-
Semester 1 – GPA 3.85, CGPA 3.85.
Semester 2 – GPA 3.82, CGPA 3.83.
Semester 3 – Praktikal di
Syarikat Gua Besar, Changkat Jering, Taiping, Perak.
Semester 4 – GPA 3.84, CGPA 3.84.
Semester 5 – Praktikal di
Syarikat BERNAS Pasir Puteh, Kelantan.
Semester 6 – GPA 3.87, CGPA 3.85.
Antara sijil-sijil &
keputusan semasa Abe Zul belajar di IKM Lumut, Perak:-
Transkrip di IKM Lumut, Perak.
Sijil Anugerah Dekan Semester 6.
Sijil Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik - A1.
Sijil Kejuruteraan Elektrik Kuasa & Anugerah Platinum.
Sijil-sijil kokurikulum di IKM Lumut, Perak.
Gambar masa Konvokesyen KKTM & IKM 2012.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment