
Majlis perkahwinan adik berlangsung di Kampung Halamannya di Kampung Guar, langgar, pokok Sena, Kedah. Akad nikahnya berlangsung pada 15/12/2017 hari Jumaat selepas solat Asar. Majlis perkahwinan sebelah perempuan berlangsung pada 16/12/2017 hari Sabtu & majlis sebelah lelaki berlangsung pada 17/12/2017 hari Ahad.
Walaupun kami adik beradik berlainan mak, tapi Abe Zul tetap sayang adik-adik Abe Zul. Abe Zul mempunyai 6 orang adik di Kedah, 4 lelaki, 2 perempuan & semuanya dengan mak lain. Abe Zul ada sorang adik lelaki di Kelantan dengan ayah lain. Masa Abe Zul umur 21 tahun baru kenal dengan adik-adik Abe Zul di Kedah.
Abe Zul sampai di Kampung di Kedah untuk menghadiri Majlis perkahwinan adik pada 16/12/2017 sebelah malam disebabkan Abe Zul ada exam sebelah pagi yang tidak dapat dielakkan pada hari tersebut & terlepas majlis akad nikah dan majlis perkahwinan sebelah perempuan. Abe Zul hanya sempat menghadiri majlis perkahwinan sebelah keluarga Abe Zul sahaja.
Syukur Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar pada majlis tersebut. Itu juga kali pertama Abe Zul membawa anak Abe Zul balik kampung di Kedah.HIHIHIHIHI... Seronok tengok anak & family Abe Zul di Kedah dapat berjumpa untuk kali pertama.
Antara gambar-gambar Abe Zul di kampung di Kedah:-
Gambar-gamabr semasa Majlis Perkahwinan & Keluarga Abe Zul di Kedah.
Sekian...
No comments:
Post a Comment