8 – Selepas
tamat belajar di IKBN Wakaf Tapai, Terengganu, Abe Zul ada membuat permohonan
masuk di Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak dalam bahagian Sijil Kejuruteraan
Elektrik Kuasa (Penjaga Jentera Elektrik – A1). Tetapi jawapan yang Abe Zul
dapat ketika itu menghampakan sebab permohonan Abe Zul tidak berjaya. Selepas
itu Abe Zul membuat permohonan masuk dan berkursus di Akademik Binaan Malaysia
(ABM) Wilayah Timur di Terengganu (bawah CIDB). Alhamdulillah… permohonan Abe
Zul diterima. Kursus yang Abe Zul ambil ialah Pembantu Penyelenggaraan &
Operasi Bangunan – Tahap 1 selama 3 bulan bermula 18/1/2009 – 16/4/2009. Dan selepas itu, Abe Zul berkursus pula di ABM Wilayah Utara. Kursus yang Abe Zul ambil ialah Pemasang Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal (Kediaman & Komersial Ringan) - Tahap 2.
Dekat sini pun ada elaun, makan,
minum & tempat tinggal, semua disediakan. Hanya dating belajar je… Pelbagai
inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu anak-anak bangsa
maju kehadapan dalam pelajaran.
Kemudahan Tajaan CIDB Malaysia:-
1 - Yuran Pengajian
2 - Penginapan
3 - Makan Minum
4 - Elaun Latihan
5 - Pakaian Latihan
6 - Kad Hijau & Perlindungan
Insurans
Alhamdulillah… Abe Zul berjaya
menamatkan kursus dengan jayanya di ABM Wilayah Timur (Abe Zul antara 3 pelajar
terbaik dalam kursus Pembantu Penyelenggaraan & Operasi Bangunan – Tahap 1,
tapi Abe Zul bukan best student) dan juga berjaya menghabiskan kursus dengan jayanya di ABM Wilayah Utara.
Pape pun, Abe Zul bersyukur
sangat sebab berjaya menamatkan kursus dengan jayanya selepas kecundang semasa
di alam persekolahan.
Sijil yang Abe Zul perolehi
semasa berkursus di ABM Wilayah Timur & ABM Wilayah Utara:-
Sijil Kecekapan Kemahiran Pembantu Penyelenggaraan & Operasi
Bangunan – Tahap 1
Sijil Kecekapan Kemahiran Pemasang Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal (Kediaman & Komersial Ringan) - Tahap 2
Bersambung…
No comments:
Post a Comment